F Nadia AF6 selamat berkahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Nadia AF6 selamat berkahwin

Selepas lapan tahun berkenalan akhirnya penyanyi dan penyampai radio Era FM, Nadia Hasnan, 26, selamat berkahwin dengan seorang pengusaha gimnasium, Hafiz Hamdan, 29, bertempat di Dewan Campbell, Dang Wangi, Ahad lalu.

Bekas bintang Akademi Fantasia keenam itu, menerima mas kahwin RM5,000 dan wang hantaran RM20,000 serta pasangan pengantin masing-masing berbalas lima dulang hantaran.

Sementara itu, di laman sosial Instgaram Nadia, turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat pasangan mempelai itu.

Selamat pengantin baru buat Nadia dan suami, semoga kekal hingga akhir hayat.

InstaForex

Powered by Blogger.