F Nabil Sambut Raya Secara Sederhana Kerana Ibu Kurang Sihat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nabil Sambut Raya Secara Sederhana Kerana Ibu Kurang Sihat

Memandangkan kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan, maka sambutan Aidilfitri pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad pada tahun ini disambut dakam suasana sederhana.

Memetik laporan mStar online, Nabil berkata, sejak beberapa bulan lalu wanita berkenaan disahkan menghidap penyakit buah pinggan yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

"Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini.

"Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan," katanya.

Nabil ketika ini sedang menjalani ibadah umrah di Mekah bersama isterinya dan hanya akan pula pada Isnin ini.

Pemergian Nabil dan isteri ke tanah suci juga bagi menjalani penggambaran program Perjalanan Haji Nabil terbitan Astro Oasis untuk siaran pada Hari Raya Aidiladha.

Dalam pada itu, Nabil berkata, kebiasaannya ibunya akan sibuk menyediakan pelbagai juadah hari raya namun tahun ini keadaan itu akan berubah.

"Tahun ini kami adik-beradik yang akan sibuk di dapur menyediakan juadah namun akan tetap dipantau oleh ibu," ujarnya.



Powered by Blogger.