F Muntah Lebih 30 Kali Sehari, Ezad Mengidap Pedih Ulu Hati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muntah Lebih 30 Kali Sehari, Ezad Mengidap Pedih Ulu Hati

Bekas vokalis band Exists, Ezad Lazim dima­sukkan ke pusat perubatan Kedah Medical Centre semalam selepas mengalami muntah-muntah teruk lebih 30 kali sehari.

Ezad atau nama penuhnya, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim, 36, dilaporkan mengalami penyakit pedih ulu hati sejak beberapa minggu lepas serta dalam proses mendapatkan rawatan sinus.

Menurut isteri­nya, Nor Azeana Ramli, suaminya memang mempunyai penyakit pedih ulu hati tetapi keadaannya semakin teruk selepas mengambil ubat berasaskan steroid untuk merawat penyakit sinus.

Katanya, dia sudah membawa Ezad untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ampang pada 23 dan 24 Jun lalu, namun hanya diberi rawatan pesakit luar.

Nor Azeana kemudian nekad untuk mendapatkan rawatan lanjut di Kedah selain berikhtiar menerusi rawatan tradisional.

“Ezad baru sahaja dibawa ke Kedah Medical Center pagi tadi (semalam) kerana mengalami gejala muntah yang teruk.

“Keadaan kesihatannya sema­kin membimbangkan apabila dia tidak boleh makan sejak 21 Jun lalu selain mengalami muntah-muntah lebih 30 kali sehari,” katanya.

Tambah Nor Azeana, doktor memberitahu, kesihatan Ezad merosot disebabkan kesan ubat berasaskan steroid yang diambil Ezad yang memberi kesan terhadap penyakit pedih ulu hati.
Powered by Blogger.