F Muhkriz mohon kerja sebagai pelayan kafe‎ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Muhkriz mohon kerja sebagai pelayan kafe‎

Bekas Menteri Besar kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri perhatian netizen apabila membalas komen mencuit hati di laman sosial Instagram milik sebuah kafe di Kedah.

Difahamkan, akaun Instagram berkenaan pada mulanya memuat naik gambar bagi mengiklankan jawatan kosong sebagai pelayan di kafe berkenaan.

N‎amun begitu, apa yang mengejutkan adalah gambar yang dimuat naik tersebut turut mendapat perhatian dan komen yang menggelikan hati daripada anak kepada bekas Perdana Menteri tersebut.

“Lelaki - ya memang lelaki. - boleh kerja sepenuh masa - memang tak ada kerja pun. - berumur 18 tahun ke atas - dah 52 tahun dah. - Menepati masa - Inshaa-ALLAH. -berperwatakan menarik-boleh lah. Menariklah juga.

“Menjaga kebersihan diri - wajib. - berkomunikasi dengan lancar - bersyarah pun boleh. - sihat tubuh badan - kalau makan free lagi sihat,” tulisnya di laman Instagram tersebut.‎

Dalam pada itu, komen daripada Mukhriz tersebut turut mendapat respons daripada pengendali akaun Instagram berkenaan.

‎“Kelia...nanti kita interview Datuk @mukrizmahathir.. hehe,” katanya.

Selain daripada itu, komen lucu daripada Mukhriz berkenaan turut mendapat maklum balas yang positif daripada para netizen.

Seorang pengguna akaun bernama @amirahafiqahh berkata, “@mukhrizmahathir bukan setakat bersyarah, buat lawak pun pandai ni,” tulisnya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan akaun @fakhrulab berkata, “@mukhrizmahathir kelia balik. Lama tak jumpa datuk. Jom lepak. Saya open table,” tulisnya.

Mukriz sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas beberapa pemimpin Adun menyuarakan hilang kepercayaan kepada pimpinan beliau.

Jawatan Mukhriz bagaimanapun diganti oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Selain daripada itu, Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini juga turut memecat Mukhriz daripada parti berkenaan bersama dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang mengumumkan untuk keluar dari Umno selepas beliau digantung.
Powered by Blogger.