F Miranda Kerr Bertunang Dengan CEO Snapchat? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Miranda Kerr Bertunang Dengan CEO Snapchat?

Selepas hampir setahun beredar gosip mengatakan model Miranda Kerr, 33, menjalinkan hubungan cinta bersama jutawan yang juga merupakan CEO aplikasi media sosial Snapchat, Evan Thomas Spiegel, terbaharu pasangan itu dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan.

Spekulasi tersebut timbul ekoran Miranda dikatakan memakai sebentuk cincin berlian di jari manisnya ketika dia dan kekasihnya itu menikmati percutian di Malibu, baru-baru ini.

Berdasarkan foto-foto yang tersebar, Miranda dan Evan nampak cukup mesra dan romantik sambil bersiar-siar.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi baik daripada bekas model Victoria Secret itu mahupun Evan. Namun menurut sumber, Evan, 26, memang sudah berniat untuk melamar ibu satu anak itu.

"Evan sudah untuk bersedia membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Mereka terlihat saling jatuh cinta," dedah sumber tersebut seperti yang dilaporkan Mirror.

Terdahulu, Miranda pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Orlando Bloom pada 2010 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2013. Hasil hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Flynn Christopher Blanchard Copeland Bloom yang kini berusia lima tahun.
Powered by Blogger.