F Mira Filzah Ditempelak Gara-gara Perlekehkan Kerjaya Gadis Pejabat? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mira Filzah Ditempelak Gara-gara Perlekehkan Kerjaya Gadis Pejabat?

Baru-baru ini pelakon Mira Filzah ada berkongsi serba sedikit tentang perwatakan serta pencapaian akademiknya ketika ditemubual oleh sebuah majalah.

Namun pelakon drama Cinta Si Wedding Planner ini dikecam hebat apabila dia menyatakan tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat kerana menganggap kerjaya itu sebagai sesuatu yang membosankan buat dirinya.

Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi sekaligu mencetuskan kemarahan terutama kalangan gadis-gadis pejabat yang merasakan pelakon itu cuba memperlekehkan kerjaya mereka sebagai PTD dengan menganggap kerjaya itu membosankan selain asyik terperap didalam pejabat sahaja. Malah mereka juga turut menjelaskan realiti sebenar pekerja yang bekerja didalam bidang itu.

Tidak mahu kenyataannya terus disalah anggap, menerusi akaun Instagram, Mira menjelaskan perkara itu bahawa baginya kerjaya PTD merupakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah, namun masing-masing mempunyai minat yang berbeza.
Katanya, bagi dirinya lebih suka kerjaya yang tidak mempunyai waktu kerja yang tetap seperti bidang lakonan sekarang.
Powered by Blogger.