F Minyak Wangi Bunkface Tembusi Pasaran Eropah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Minyak Wangi Bunkface Tembusi Pasaran Eropah

Kumpulan Bunkface baru-baru ini telah ke Perancis mewakili Malaysia untuk satu simposium antarabangsa berkaitan muzik.

Dalam perhimpunan yang diadakan pada bulan lalu itu, beribu-ribu penggiat muzik dari seluruh dunia berhimpun dan bertukar-tukar pandangan serta kemahiran.

Dalam pada itu, kumpulan yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk ini turut mencipta sejarah tersendiri.

Dikhabarkan dua jenama minyak wangi yang baru saja dikeluarkan mereka iaitu Bunkface Revolution dan Bunkface For Her mendapat perhatian masyarakat luar.

Malah sudah ada ura-ura ia bakal dipasarkan ke negara Eropah selepas pertemuan dengan beberapa wakil dari benua itu di sana.

Sebagai anak muda, ia memang pencapaian membanggakan sebab tidak ramai anak Malaysia yang berjaya tembusi pasaran minyak wangi di benua yang sinonim dengan pelbagai jenama minyak wangi bertaraf antarabangsa.
Powered by Blogger.