F Minhyuk Dituduh Minta Jam Mewah Daripada Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Minhyuk Dituduh Minta Jam Mewah Daripada Peminat

PEMAIN dram CNBlue iaitu Minhyuk dikecam netizen apabila memuat naik gambar sebuah jam tangan jenama mahal dengan kapsyen sedang berusaha untuk memiliki jam berkenaan.

Luahan yang dilakukan di laman sosial itu mengundang kecaman apabila segelintir netizen menganggap ia bertujuan meminta hadiah daripada peminatnya.

"Saya sedang cuba mencari jam ini kerana ia sukar untuk ditemui.

"Saya bersetuju dengan kata-kata kita ingin memiliki sesuatu yang sukar untuk diperolehi.

"Ini pertama kali saya benar ingin memilikinya dan akan mencari ke seluruh dunia," ujarnya.

Memberi hadiah mewah kepada penyanyi kegemaran sudah menjadi budaya peminat di Korea Selatan.

Bagaimanapun, Minhyuk membuang foto tersebut daripada akaun Instagramnya.
Powered by Blogger.