F Minhyuk Dikecam Gara-gara Mengemis Jam Mahal Daripada Peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Minhyuk Dikecam Gara-gara Mengemis Jam Mahal Daripada Peminat

Anggota kumpulan CNBLUE, Minhyuk, baru-baru ini dikecam netizen gara-gara mengemis daripada peminat seutas jam tangan berjenama 'Patek Philippe' Nautilus 5711/1A-010 yang bernilai kira-kira USD24,000.

Menerusi akaun Instagram miliknya, pemain drum itu memuat naik seutas jam tangan dan menyatakan dia sudah mencari jam tangan idamannya itu di merata tempat namun sehingga sekarang dia masih belum dapat membelinya kerana jam tersebut sukar di dapati di pasaran.

"I tried to find this watch, but I heard it's hard to find it worldwide.. I agree 100% with the saying that you tend to want it more if you can't have it. It's the first time in awhile that I wanted something this bad.. I will search all over the world.. and make you mine." - tulis Minhyuk di laman Instagramnya.

Walaupun dia tidak secara jelas meminta jam tangan tersebut daripada peminat namun sebelum ini ramai selebriti menggunakan pendekatan yang sama iaitu dengan memuat naik barang idaman mereka di akaun media sosial.

Tindakan tersebut dianggap seolah-olah mereka mengemis daripada peminat untuk mendapatkan barang yang mahal. Ini kerana, lazimnya peminat individu dan kelab peminat akan berusaha sedaya upaya membelikan barang-barang yang diidamkan oleh artis kesayangan mereka.

Sementelah, status Minhyuk telah menerima banyak kritikan daripada pengikut di Instagram. Ramai pengikut memberi komen menyatakan bahawa sebenarnya jam tangan itu mudah didapati dan boleh dibeli secara terus menerusi talian.

Bagaimanapun Minhyuk telah memadamkan status dan gambar jam yang dimuat naiknya itu.
Powered by Blogger.