F Mengaku Kahwin Dua, Adi Putra Akan Beri Penjelasan Hari Ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mengaku Kahwin Dua, Adi Putra Akan Beri Penjelasan Hari Ini

Selepas hampir lebih seminggu berdiam diri, akhirnya pelakon Adi Putra mengaku bahawa beliau telah berkahwin dua se­perti yang tersebar di internet dan media massa sebelum ini.

Pengakuan tersebut dibuat Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 35, dalam program hiburan Melodi di TV3 semalam.

"Saya memang berkahwin dua dan itu bukan satu dosa. Perkahwinan kedua ini juga tiada kaitan dengan isu tiada cahaya mata dengan isteri pertama,” katanya dalam program berkenaan.

Tambahnya lagi, perkahwinan keduanya itu juga direstui isteri pertamanya, Aida Yusof, 41.

Sebelum ini, berita pelakon filem KL Gangster itu berkahwin dua terbongkar selepas beberapa keping gambar pernikahannya dengan seorang wanita yang didakwa sebagai rakan kongsi perniagaannya dan juga seorang penjawat awam tersebar di internet.

Bagi menjelaskan keadaan, Adi yang popular dengan drama Lambaian Ramadan itu bakal mengadakan sidang akhbar hari ini.
Powered by Blogger.