F Mazidul: Doakan saya kembali bantu masyarakat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mazidul: Doakan saya kembali bantu masyarakat

SELEPAS hampir dua tahun terlantar akibat diserang strok, rancangan pagi TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) membuat 'come back' dengan menjemput pengacara popular, Mazidul Akmal Sidik bagi menceritakan keadaan kesihatannya.

Dalam rancangan itu, Mazidul yang kelihatan semakin bertambah baik kesihatannya kerap tersenyum apabila disoal pengacara, Ally Iskandar.

Lebih ironinya, dalam rancangan pagi itu juga, Mazidul turut dipertemukan dengan mentornya yang juga bekas pengacara, Omar Abdullah dan ‎Christine Chin.

Turut bersama rakan pengacara, Zakiah Anas dan Hazlin Hussain.

Mazidul berkata, beliau amat gembira pagi ini apabila dapat bersemuka dengan rakan-rakan lama yang bersama-sama bertugas bersamanya sebelum ini.



"Kini saya banyak berlajar untuk berjalan semula, selain itu... saya juga sedang mengembalikan ingatan.

"Alhamdulillah, saya semakin baik," katanya ketika dalam rancangan itu.

Dalam slot hampir 15 minit itu, kebanyakan mereka membuat flashback penugasan masing-masing bersama Mazidul.

Bagi Hazlin Hussain, kerana terlalu marahkan Mazidul semasa menyertai rancangan Gadis Melayu, orang pertama yang 'ditembaknya' adalah Mazidul.

"Kalau dibenarkan, saya akan tembak abang Mazidul sebab dia marah saya masa itu, malahan pen saya turut dilemparnya ke dalam longkang.

"Tidak dapat bayangkan bagaimana saya marah dengan dia," katanya dalam nada gurau.

Selain itu, bagi Zakiah, Mazidul ini suka kacau orang, suka menyanyi dalam pejabat.

"Ada saja dia kacau orang, beliau sebagai penghibur bagi kami semua.

"Kami doakan dia kembali pulih segera seperti sediakala," kata Zakiah.

Sementara itu, ketika akhir rancangan, Mazidul turut meminta masyarakat mendoakan kesihatannya aga dia dapat kembali berbakti menerusi bidang penyiaran.

"Kalau diberikan wang, saya tidak perlukan itu semua.

"Saya hanya perlukan doa daripada anda semua, untuk saya boleh kembali memberikan khidmat kepada masyarakat," katanya.
Powered by Blogger.