F Mawi Tak Ketinggalan Ikut Rombongan Baraan di Pagi Syawal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mawi Tak Ketinggalan Ikut Rombongan Baraan di Pagi Syawal

Penyanyi Mawi memberitahu dia tidak melepaskan peluang bersama-sama menyertai sesi baraan yang menjadi tradisi turun temurun di kampungnya, di Felda Taib Andak, Johor.

Jelasnya, aktiviti tersebut di mana kariah surau atau masjid akan berkumpul pada waktu pagi kemudian beramai-ramai menziarahi dari satu rumah melakukan marhaban.

"Kalau di kampung saya, sehingga kini masih lagi mengekalkan tradisi baraan iaitu rombongan marhaban berkunjung dari rumah ke rumah.

"Saya tidak ketinggalan untuk sama-sama menyertai rombongan tersebut. Disamping menziarah secara tidak langsung aktiviti dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami penduduk sekampung," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara berkongsi lagi mengenai kemeriahan sambutan Aidilfitri kali ini, Mawi berkata tahun ini dia sekeluarga membeli sepanjang tiga pasang baju.

"Disebabkan saya pun menjalankan perniagaan pakaian, jadi saya bersama isteri dan anak tiada masalah kerana kami pakai busana koleksi yang kami jual,' katanya yang mempunyai butik pakai di Bangi dan di Johor Bahru.

Perkembangan lain, Mawi baru saja muncul menerusi single khas hari raya berjudul Bulan Raya berkolaborasi dengan penyanyi Dali dan Zila (AF).
Powered by Blogger.