F ‘Masyarakat Boleh Anggap Saya Perampas...’ - Adi Putra | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

‘Masyarakat Boleh Anggap Saya Perampas...’ - Adi Putra

Selepas membuat pengakuan menerusi sebuah program hiburan pada Ahad (semalam), mengesahkan bahawa memang benar dirinya telah berkahwin satu lagi, aktor Adi Putra hari ini tampil memberi penjelasan lanjut.

"Perkara yang tersebar (kahwin kali kedua) itu benar. Saya berdiam sebelum ini bukan sebab saya mahu larikan diri tetapi saya harus jalankan tanggungjawab saya pada keluarga dulu.

"Saya bernikah pada 20 Jun lalu dan majlis diadakan di kediaman isteri kedua saya tapi saya tidak dapat mendedahkan lokasinya dengan lebih terperinci

"Saya punya perancangan untuk berkongsi dan menjelaskan pada semua namun belum sempat saya berkongsi, berita ini telah tersebar," kata Adi Putra pada satu sidang media khas sebentar tadi, bagi menjelaskan spekulasi dan persoalan mengenai isu pernikahan keduanya, yang menjadi viral sejak 16 Julai lalu.

Menjelaskan lebih lanjut, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata perkahwinan kali keduanya ini bukan atas dasar perniagaan mahupun kerana zuriat, sebaliknya Adi menyifatkan dirinya telah dikurniakan anugerah dan dibukakan hati untuk beristeri dua.

"Saya berkahwin bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat. Sebagai seorang lelaki, untuk bernikah satu lagi bukan perkara mudah tetapi apabila saya dikurniakan anugerah dan dibukakan hati, saya terima ketentuan takdir," tuturnya.

Ditanya sejauh mana kebenaran dakwaan mengenai proses pertemuan dan perkenalan dengan isteri keduanya ketika wanita itu masih berstatus isteri orang, Adi tidak menafikan perkara tersebut.

"Ya, saya keluar dengannya ketika dia masih berstatus isteri orang. Ttetapi saya tidak mengambil tahu apa masalah rumah tangga mereka.

"Masyarakat boleh komen atau labelkan saya sebagai perampas, itu hak mereka. Hakikatnya, tidak ada seorang manusia pun yang ingin menjadi seorang perampas. Saya tetap dengan pendirian saya dan perkahwinan ini sebagai satu anugerah," katanya.

Ditanya samada beliau mendapat restu isteri pertamanya, Aida Yusof, yang dinikahinya kira-kira 10 tahun lalu, Adi mengaku perkara itu sudah dimaklumkan pada Aida sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan lagi.

"Apabila dihubungi pihak media,I isteri saya berkata tidak tahu (tentang pernikahan itu) kerana dia memengang amanah. Saya bangga dengan isteri saya. Kalau dia kata ya (tahu), akan ada banyak persoalan. Aida tunggu penjelasan daripada saya,"katanya.

Bagaimanapun Adi merayu kepada pihak media agar tidak menghubungi kedua-dua isterinya atas alasan tidak mahu hati mereka terluka.

"Sebagai ketua keluarga biarlah saya seorang saja yang menjawab dan menanggung semua ini. Saya tak mahu hati mereka dan keluarga mereka terguris sekaligus menjadikan isu ini terus berpanjangan.

"Bagaimanapun, sehingga kini saya belum mempertemukan lagi kedua-dua isteri saya"katanya.

Dalam pada itu sidang media tersebut turut digemparkan dengan kehadiran bekas adik ipar isteri kedua Adi, Farah Erliani Rahimpudin, yang bertujuan membersihkan nama abangnya yang disindir Adi di laman sosial.

"Saya datang ke sini bukan untuk memalukan Adi tetapi saya cuma mahu membersihkan nama abang saya kerana Adi telah menviralkan gambar dan nombor telefon abang saya. Untuk pengetahuan semua, bukan abang saya yang menviralkan luahan hatinya kisah kemelut rumah tangganya," kata Farah.

Bagaimanapun, sebelum sempat pihak media bertanyakan lebih lanjut kepada Farah, Adi terlebih dahulu menghalang dan meminta dengan cara baik untuk gadis itu meninggalkan majlis.

Terdahulu, kisah pernikahan kedua bintang filem KL Gangster ini mengejutkan sekaligus hangat diperkatakan ramai sejak gambar majlis perkahwinan beliau dengan Norshahida Zolkifly, 33, yang berlangsung dalam satu majlis tertutup tersebar media sosial.

Foto tersebut menunjukkan pasangan itu memilih pakaian sedondon berwarna kuning cair, dengan aksi Adi mencium kepala isterinya itu.

Sebelum ini media melaporkan, Norshahida yang berjawatan sebagai pegawai di bahagian korporat sebuah agensi kerajaan merupakan seorang ibu tunggal beranak satu. Adi mula mengenali Norshahida semenjak mereka menjalankan perniagaan bersama-sama, beberapa bulan lalu.

Pelakon lelaki yang berasal dari Singapura ini bernikah dengan Aida pada 14 April 2006 namun sehingga kini masih belum dikurniakan zuriat. Pasangan ini ada mengambil seorang anak angkat perempuan.

Pasangan itu pernah memfailkan perceraian pada 11 Mei 2012, bagaimanapun, mereka tidak meneruskan hajat untuk berpisah selepas berjaya mengatasi masalah dalam rumah tangga mereka pada ketika itu.
Powered by Blogger.