F Masalah rumah tangga Issey berserah pada allah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Masalah rumah tangga Issey berserah pada allah

Dalam artikel sebelum ini, Kakigosip telah mendapatkan penjelasan daripada penyampai radio HotFM, pelakon, pengacara dan pelawak Issey berkenaan masalah yang berlaku di dalam rumah tangganya.

Pun begitu, nampaknya masalah rumah tangga tersebut masih lagi cuba diselesaikan dengan cara berbincang antara kedua belah pihak.

"Saya tak pergi kaunseling tapi dalam ni, kami cuba buat yang terbaik, berbincang sesama keluarga.  Segala pandangan positif mahu pun negatif kami ambil kira.

"Biasalah, masalah rumah tangga hanya pasangan suami isteri sahaja yang tahu.  Issey pun tak berani nak komen lebih-lebih, hanya berserah pada Allah," ujarnya.

Beralih kepada cerita kerjaya pula, Issey yang semakin mendapat tempat di hati peminat ini memberitahu, keutamaan dalam kerjayanya ketika ini adalah sebagai penyampai radio.

"Keutamaan yang pertama adalah sebagai penyampai radio iaitu dari jam 4 petang hingga 8 malam di Hot FM bersama Deen dan Ammar.  Kemudian barulah saya terima tawaran-tawaran lain seperti contoh sebagai pengacara dan berlakon.

"Saya masih berlakon cuma saya memilih kepada produksi yang boleh menerima jadual komitmen saya terlebih dahulu bersama Hot FM," ujar Issey yang nampaknya semakin selesa dan seronok bergelar penyampai radio.

Issey turut memberitahu bahawa dia masih lagi dalam pembelajaran dan harapannya semoga dapat memuaskan hati semua orang.
Powered by Blogger.