F Mark Adam Perjelas Isu Kutuk Proton 'Kereta Orang Miskin' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mark Adam Perjelas Isu Kutuk Proton 'Kereta Orang Miskin'

Sejak semalam, nama Mark Adam menjadi viral gara-gara didakwa merendah-rendahkan kereta buatan Malaysia iaitu Proton di laman sosial Facebook yang dikatakan miliknya.

Status pada Facebook itu menulis bahawa kereta jenama Proton hanya dipakai oleh golongan yang tidak berkemampuan sahaja.

Lantaran status tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Memetik laporan mStar online, penyanyi kelahiran Filipina itu bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 37, berkata, perkara tersebut dilakukan oleh individu tidak berbertanggungjawab yang menyalahgunakan namanya di Facebook.

Akaun rasmi Facebooknya menggunakan nama Mark Munding Echivarre dan Mark Adam Official.

"Itu bukan Facebook saya dan saya tidak pernah membuat kenyataan tentang memburuk-burukkan kereta Proton di Facebook. Saya sedar kewujudan akaun ini sejak beberapa bulan lalu dan saya rasa individu itu semakin melampau sehingga membuatkan orang ramai percaya.

"Saya sudah periksa Facebook itu dan ternyata bahasa yang digunakan dalam menulis status tidak seperti percakapan saya sebaliknya Bahasa Melayu yang betul," ujarnya penyanyi Mark Adam seperti yang dilaporkan mStar online.


Dalam pada itu Mark turut memberitahu, kesan daripada kenyataan tersebut apabila dihubungi oleh pihak Proton berhubung perkara terbabit.

"Pengikut laman Facebook palsu itu lebih banyak daripada Facebook saya dan saya bimbang akan berlaku perkara yang lebih teruk lagi selepas ini mengaitkan nama saya.

"Semalam ada wakil daripada Proton yang hubungi saya sama ada saya ada membuat kenyataan seperti itu," ujarnya.

Enggan perkara itu terus berpanjangan, Mark Adam berkata, dia sudah memberi amaran menerusi mesej peribadi kepada akaun palsu tersebut, namun masih tidak dibalas.

Mark memberi tempoh kepada individu tersebut untuk tidak menggunakan lagi namanya dan akan mengambil tindakan jika ia masih berterusan.

Powered by Blogger.