F Mangsa tinggalkan nota sebelum ditemui mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mangsa tinggalkan nota sebelum ditemui mati

Seorang lelaki ditemui mati tidak berbaju di dalam keadaan enjin kereta yang dihidupkan selama hampir empat jam di hadapan rumahnya di Kasa Heights, di sini hari ini.

Pua Eng Joo, 33, ditemui mati apabila jiran berhampiran menghubungi polis selepas melihat dia dalam keadaan terkulai pada tempat duduk pemandu.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berusia 37 tahun berkata, Eng Joo disedarinya pulang ke rumah tersebut kira-kira jam 12.30 hari sebelum mendengar enjin kereta dihidupkan sejam kemudian.

"Dalam 2.30 petang enjin masih berbunyi dan saya maklumkan suami yang bekerja di Rembau. Suami minta saya tengok ekzos kereta kalau-kalau ia disumbat sesuatu, tapi tak ada.

"Jam 4 petang, saya keluar rumah selepas suami suruh periksa. Mujur ternampak jiran lelaki dan minta dia periksa. Adik tu panjat sikit pagar dan tinjau sebelum nampak lelaki dalam kereta terkulai tidak berbaju," katanya.

Menurut Siti, suaminya menghubungi polis selepas dia memaklumkan keadaan jiran yang tinggal di hadapan rumah mereka dan mangsa hanya pulang ke rumah itu setiap tengah hari, dua hingga tiga kali seminggu.

Sementara itu, Ketua Polis Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, ahli keluarga yang dihubungi pihaknya datang ke rumah itu.

"Sehelai kertas nota dipercayai ditulis mendiang sendiri juga ditemui. Kertas itu ditemui bapanya di atas kabinet televisyen dalam rumah mangsa.

"Mayat lelaki yang dipercayai sudah berkahwin itu di bawah ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Powered by Blogger.