Berita Terkini
recent

Majlis persandingan Azwan Kombos

Selepas pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah selamat disatukan dengan sekali lafaz pada Sabtu lalu, mereka kemudiannya mengadakan resepsi persandingan bertempat di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur, semalam.

Kedua-dua pasangan tampak begitu berseri dan manis sekali dengan mengenakan busana indah 'ball gown' dan sut berona sedondon turquoise dan merah jambu. Cukup padan digandingkan bersama.

Dalam pada majlis meriah itu, turut dihadiri oleh beberapa rakan artis seperti, Reen Rahim, Hafreez Adam, Daler Yusof, Mia Ahmad, Anis Al-Idrus, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Tidak dilupakan juga, keluarga daripada kedua-dua belah pihak pengantin.

Kakgosip  sekali lagi mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia hingga akhir hayat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.