F Mahathir minta pekenan Majlis Raja-Raja untuk menghadap | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mahathir minta pekenan Majlis Raja-Raja untuk menghadap

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk mempekenan beliau bagi menghadap serta menjelaskan mengenai situasi dihadapi negara pada masa kini.

Menurut Mahathir, pihaknya berharap agar Majlis Raja-Raja tidak hanya mendengar penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sahaja berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami berharap Majlis Raja-Raja akan membuka peluang ini kerana buat masa ini, kami tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi yang berlaku," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarika (DOJ) mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan sebahagian daripada US$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu dalam salah laku pecah amanah.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa buat masa ini, Majlis Raja-Raja hanya mendengar penjelasan daripada Perdana Menteri sedangkan beliau telah terpalit dengan banyak isu skandal di negara ini.

Selain itu, Mahahir turut berpendapat bahawa rakyat negara ini tidak seperti negara-negara luar yang sanggup berhimpun di jalanan secara aman bagi mendesak pengunduran pemimpin mereka.

Ujar beliau, pihaknya berpandangan himpunan secara aman adalah perlu bagi mendesak pengunduran Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kebanyakan negara luar membawa isu-isu sebegini ke jalanan. Rakyat negara ini tidak seperti rakyat di luar negara," katanya.

Dalam pada itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga memaklumkan bahawa Bersih akan mempertimbangkan untuk menganjurkan himpunan aman jalanan bagi mendesak pengunduran Najib.

"Bersih akan mempertimbangkan dahulu untuk sama ada wajar sepatutnya himpunan aman ini diadakan," katanya.
Powered by Blogger.