F Maafkan, Tapi 'Sakit' Itu Tetap Ada - Dian P. Ramlee | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maafkan, Tapi 'Sakit' Itu Tetap Ada - Dian P. Ramlee

Dramatis Dian P. Ramlee tidak tahu motif sebenar penerbit terkenal David Teo membuat kenyataan berbaur menghina Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee hingga mencetuskan kontroveris baru-baru ini.

Menurut Dian yang juga merupakan anak angkat P. Ramlee, perbandingan yang dibuat oleh David itu tidak adil kerana sebagai seorang penerbit berpengalaman beliau tidak sepatutnya membuat perbandingan mengaitkan figura yang sudah meninggal dunia.

"Saya tak tahu apakah motif sebenar dia berkata sedemikian. Bagi saya, kaya macam mana pun atau nak majukan orang lain sekali pun, tidak perlu petik nama individu lain sebagai perbandingan. Apatah lagi jika orang itu sudah meninggal dunia. Bagi saya, kenapa dia tidak menyebut nama pesaing sedia ada? Dia sebagai penerbit patut tahu perkara ini. Seperkara lagi, sebagai penerbit mampukah dia memberi kekayaan kepada pelakonnya?

"Dalam pada sebilangan besar penduduk Malaysia memuji daddy (P Ramlee), kenapa dia perlu bersikap sebaliknya? Apa kaitan disiplin artis naungannya de­ngan daddy? Perbandingan yang dibuat salah kerana mereka tidak setaraf daddy. Pada zaman daddy, dia banyak melahirkan bakat baru yang disegani sehingga sekarang. Artis dulu, duit jatuh nombor dua kerana yang diutamakan adalah minat. Sekarang pula, duit mengatasi bakat.

"Arwah daddy tak pernah tinggal di lokasi yang dimaksudkan (Bukit Bintang). Pada masa sama, kenapa dia perlu membabitkan nama anak daddy, Sazali? Sebagai manusia perlu ada hati perut kalau nak bercakap. Bukannya main lepas cakap saja. Jangan sampai hilang pertimbangan sehingga menyentuh sensitiviti pihak lain," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Sebagai ahli keluarga, Dian bagaimanapun mengakui menerima permohonan maaf David Teo.

"Apabila dia mengguris hati orang lain, ingat mudah orang nak menerimanya? Namun apabila orang meminta maaf, sebagai umat Islam kita wajib memaafkannya. Cuma sakit itu tetap ada. Dan, dia tidak boleh melenting atau marah jika mana-mana pihak menegurnya," tuturnya.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah media, David telah membuat kenyataan hingga mencetuskan isu panas apabila membabitkan kehidupan P Ramlee yang didakwa hidup merempat dan miskin sehingga di penghujung usianya. Kenyataan itu telah membangkitkan kemarahan banyak pihak sekaligus David dianggap biadab dan kurang ajar.
Powered by Blogger.