F Lufya Bakal Bernikah Dengan Doktor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lufya Bakal Bernikah Dengan Doktor

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 31, bakal mendirikan rumah tangga dengan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, selewat-lewatnya pada tahun ini atau awal tahun hadapan.

Memetik laporan Utusan online, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telah bertunang dengan Che Muhammad Hafiz, seorang doktor pada akhir bulan Ramadan lalu.

"Kami bukan buat majlis bertunang besar pun, sekadar hantar cincin tanda saja. Hanya keluarga terdekat saja yang hadir. Belum ada tarikh tetap untuk melangsungkan pernikahan.

"Kalau boleh tahun ini juga sebab perkara baik buat apa ditangguh-tangguhkan. Apa-apapun kena tengok pada jadual kerja dia juga, sebab dia pun sibuk, Kalau tak tahun ini mungkin awal tahun depan,” katanya.

Menurut Lufya, dia sudah mengenali doktor yang berasal dari Kelantan itu sejak setahun lebih ketika beraya di salah sebuah rumah kenalan.

Kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam, pemuda tersebut menjadi pilihan hatinya kerana Che Muhammad Hafiz mempunyai sikap mengambil berat dan mudah mesra.

"Mungkin tugasnya sebagai doktor membuatkan dia mudah membawa diri di mana sahaja berada dan keluarga saya juga senang dengan sikapnya," katanya.
Powered by Blogger.