F Lee Jin Wook Dedah Mesej Wanita Tuduhnya Lakukan Serangan Seksual | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lee Jin Wook Dedah Mesej Wanita Tuduhnya Lakukan Serangan Seksual

LEE Jin Wook tampil mendedahkan mesej yang dihantar kepada wanita yang mendakwa dia melakukan serangan seksual terhadap individu itu baru-baru ini.

Soompi melaporkan kandungan mesej tersebut menunjukkan perbualan dengan wanita dikenali sebagai A itu hanya menyatakan tentang pertemuan mereka atas dasar urusan kerja.

Bagaimanapun A dalam satu kenyataan balas menyatakan mesej berkenaan bukan dihantar kepada Jin Wook sebaliknya ia dibuat kepada pihak pengurusannya.

Sebaliknya A mendedahkan dia menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali selepas pertemuan mereka yang rupa-rupanya adalah Jin Wook.

"Dia meminta alamat rumah saya dan kerana percaya dengan imej baik dan dia adalah seorang selebriti saya beri seperti diminta.

"Ketika berada di rumah saya ketika itulah dia melakukan serangan seksual terhadap saya," katanya.

A turut menafikan dia yang meminta Jin Wook datang ke rumahnya selain memberikan alamat dan kata laluan pintu rumah tanpa diminta pelakon itu.

Terdahulu, Jin Wook terkejut apabila diberitahu tentang laporan seorang wanita membuat laporan polis terhadapnya dan mendakwa menjadi mangsa serangan seksual pelakon itu.

Pihak pengurusannya dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang didakwa wanita berkenaan tidak pernah berlaku malah Jin Wook terpinga-pinga apabila diberitahu tentang perkara itu.
Powered by Blogger.