F Kylie Minogue Bermesra Dengan Tunangnya Yang 20 Tahun Lebih Muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kylie Minogue Bermesra Dengan Tunangnya Yang 20 Tahun Lebih Muda

Ikon Pop, Kylie Minogue dan tunangnya, Joshua Sasse dilaporkan asyik mempamerkan kemesraan mereka di tempat awam ketika bercuti di sebuah pantai di Sifnos, Greece, baru-baru ini.

Kylie, 48, mengikat tali pertunangan dengan Joshua, 28, pada Februari lalu selepas menjalani hubungan cinta sejak September tahun lalu.

Berdasarkan beberapa gambar yang tersebar di internet menunjukkan pasangan tersebut tidak malu-malu saling berpelukan dan berciuman di tepi pantai.

Kyle tampil seksi mengenakan baju renang 'one-piece' bercorak hitam-putih. Manakala Joshua tanpa berbaju sebaliknya hanya memakai mengenakan seluar pendek berwarna biru.

Aksi romantik pasangan ini membuktikan jarak perbezaan usia 20 tahun nampaknya langsung tidak menjadi masalah dalam hubungan asmara mereka.

Terdahulu, pada awal Jun lalu, Joshua dan Kylie dikabarkan kononnya sudah berkawin senyap-senyao diam-diam di Greece. Malah aktor kacak itu dikatakan sudah membahasakan pelantun hits Love at First Sight itu dengan panggilan i'steri'.

Bagaimanapun Joshua menyangkal dakwaan tersebut.

"Saya diberitakan sudah melangsungkan perkahwinan di Greece. Saya harap saya benar-benar ada di sana," tulisnya di laman sosial Twitter.
Powered by Blogger.