F Krystal f(x) Dikasari Peminat Kai (EXO) | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Krystal f(x) Dikasari Peminat Kai (EXO)

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara Krystal f(x) dan Kai (EXO) mendapat tentangan daripada segelintir peminat penyanyi lelaki itu.

Pada Sabtu, salah seorang pengguna laman sosial menulis bahawa Krystal telah dikasari oleh seorang peminat EXO ketika di lapangan terbang.

Krystal ketika itu dalam perjalanan untuk menghadiri konsert SMTOWN di Osaka, Jepun.

Peminat berkenaan telah menendang kaki Krystal dengan melemparkan kata-kata kesat.

"Kenapa kamu merebut Kai daripada kami?, cuba lihat wajah mu di cermin dahulu?," menurut sumbar berkenaan.

Menurutnya lagi, wajah Krystal berubah dan menangis kerana malu dengan kejadian itu.

Sementara itu, beberapa pengguna lain turut menambah wanita itu turut dipukul oleh peminat tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan daripada pihak pengurusan artis berkenaan.
Powered by Blogger.