F Kronologi "drama" Dato Red & Ruhainies | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kronologi "drama" Dato Red & Ruhainies

Umum sudah pun mengetahui kisah antara Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) suami kepada penyanyi terkenal Adira dengan pelakon Ruhainies, berikutan itu ikuti lima perjalanan cerita mereka secara ringkas.

1. Video Rakaman 'Rangkul Pinggang' Tersebar

Terdahulu satu rakaman video antara pelakon Ruhainies dan Dato Red telah berjaya dirakamkan oleh individu yang berada di lokasi berkenaan. Menerusi video tersebut memaparkan Dato Red sedang merangkul pinggang Ruhainies di Pavilion, Kuala Lumpur.

Selepas rakaman video itu mula tersebar, Ruhainies tampil memberikan pencerahan berkenaan hal itu. Jelasnya, dia diperangkap oleh Dato Red dan tujuan perjumpaan mereka adalah atas urusan kerja sahaja.

2. 'Ruhainies Bukan Ciri Pilihan Isteri Ke-3'- Dato Red

Walau bagaimanapun, Dato Red turut terpanggil untuk memberikan penjelasan berkenaan perkara itu. Menurut Dato Red, pelakon itu bukanlah pilihannya untuk dijadikan isteri ketiga.

Antara ciri wanita idaman Dato Red ialah yang mempunyai imej wanita muslimah. Apapun, Dato Red tidak menafikan dia juga ada perasaan suka terhadap Ruhainies.

3. Dato Red Buat Kejutan Lagi

Dalam pada itu, Dato Red juga ada berkongsi mengenai isteri keduanya, Adira AF kini sedang berbadan dua. Berita baik itu diketahui sebaik Adira menggunakan kit kehamilan, pun begitu Adira masih belum dibawa untuk pemeriksaan susulan di hospital.

4. Ruhainies Dihubungi Adira

Sementara isu ini menjadi perbualan ramai, Adira kemudiannya ada menghubungi Ruhainies bagi bertanyakan tentang perkara itu. Terang Ruhainies, selepas memberikan penjelasan kepada isteri kedua Dato Red, Adira jelas dan faham atas apa yang telah terjadi.

Tidak mahu isu itu berlarutan, Ruhainies kini mengambil langkah untuk tidak terus memanjangkan lagi hal tersebut dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Tambah aktres itu, dia juga tidak rela dimadukan.

5. Datin Red Tampil Luah Perasaan

Seterusnya, isteri pertama kepada Dato Red iaitu Datin Syarifah berkata kepada sebuah portal hiburan berlainan, kini Adira sudah merasakan apa yang pernah saya lalui sebelum ini.

Bagaimanapun, selagi Datin Red bergelar sebagai isteri kepada Dato Red, dia akan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Andai suaminya mahu berkahwin buat kali ketiga, dia juga tidak menghalang.
Powered by Blogger.