F Kontroversi Nikah Sejenis : Pasangan Celine Enggan Komen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kontroversi Nikah Sejenis : Pasangan Celine Enggan Komen

Nama model dan pelakon seksi, Celine Evangelista, 24, kini menjadi bualan hangat netizen Indonesia ekoran dakwaan dia berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Intan Ivo atau akrab disapa Bacil.

Bukti foto serta sijil pernikahan yang berlangsung di Las Vegas pada Jun 2015 telah tersebar luas di internet.

Saat ditemubual media Seberang, pelakon sinetron itu memilih menyerahkan semua kepada masyarakat kerana katanya apapun jawapan yang keluar dari mulutnya tetap akan dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

"Bingung juga saya, bilang nggak (menikah), juga nggak ada yang percaya. Saya mahu jawab iya atau nggak, orang tetap akan terus berkata itu dan ini," kata Celine.

Sementara itu, Bacil yang diminta mengulas mengenai isu itu enggan memberikan sebarang komen.

"Klarifikasi apa? Memang saya artis?" katanya dengan nada bergurau.

"Yang pasti saya nggak bisa beri komen apa-apa. Itu kan urusan peribadi," tuturnya.
Powered by Blogger.