F Konspirasi jatuhkan PM: Abu Kassim, Zeti enggan ulas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konspirasi jatuhkan PM: Abu Kassim, Zeti enggan ulas

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas lanjut dakwaan beliau terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun Abu Kassim hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya.

"Saya tak boleh komen isu itu malam ini. Saya hanya akan keluarkan kenyataan rasmi esok selepas berjumpa dengan peguam saya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, di sini, malam ini.

Siang tadi, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Abu Kassim dan dua inividu lain iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khairul Azwan dalam laporan polisnya mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Khairul yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, juga mengesyaki mereka memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Dalam majlis sama, Zeti yang ditemui pemberita juga enggan mengulas lanjut laporan polis itu, sambil menegaskan beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.

"Saya tidak akan membuat sebarang komen tanpa majlis perundangan saya," katanya.

Sebelum itu, Abdul Gani menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai mencari publisiti murahan.


Powered by Blogger.