F Komputer Riba Dikebas, Lagu Baru Spice Girls Hilang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Komputer Riba Dikebas, Lagu Baru Spice Girls Hilang

Beberapa hari lalu, peminat menerima berita gembira ekoran kumpulan pop terkenal dunia, Spice Girls mengumumkan kembali bergabung dan merancang untuk membuat kemunculan semula meskipun hanya bertiga iaitu Mel B, Emma Bunton dan Geri Halliwell dan menggunakan nama GEM.

Dalam keterujaan peminat menantikan kumpulan pujaan mereka ini kembali beraksi, namun malang menimpa Spice Girls apabila kehilangan single baru mereka.

Memetik laporan Daily Star, penerbit yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan lagu baru Spice Girls reunion telah kehilangan komputer riba yang mana di dalam komputer itu tersimpan lagu baru berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku di hotel K West di London dan ketika itu Spice Girls sedang meraikan ulang tahun mereka yang ke-20 tahun.

Bukan hanya tersimpan lagu baru Spice Girls, malah dalam kpmputer itu terkumpul sejumlah karya muzik beliau. Kennedy sebelum ini pernah sukses menerusi lagu hits ciptaanya berjudul Say You'll Be There yang direlease sekitar tahun 1996 .

"Seorang pencuri kurang ajar baru saja mencuri laptop dan beg studio saya. Semoga kau (pencuri) hidup menderita," tuturnya yang cukup marah dan sedih dengan kejadian tersebut.

Pencuri tersebut berkemungkinan akan mendedahkan lagu berkenaan di internet sebelum sempat Spice Girls dan Kennedy menemui semula komputer itu.

Bagaimanapun, menurut Kennedy, dia pasti tidak mudah untuk pencuri tersebut berbuat sedemikian kerana komputernya mempunyai kata laluan rahsia dan kawalan keselamatan yang menyukarkan bagi sesiapa yang mahu menggodamnya.
Powered by Blogger.