F Kisah misteri gadis dalam besen | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kisah misteri gadis dalam besen

Kisah seorang gadis berumur 19 tahun dari Kano, Nigeria, yang terpaksa hidup di dalam besen mendapat perhatian umum.  Gadis tersebut, Rahma Haruna, merupakan seorang gadis yang periang dan bercita-cita tinggi.

Namun, nasibnya tidak baik kerana dikatakan para doktor gagal mengenal pasti punca penyakit misteri Rahma yang dialami sejak kecil dan ada pula sesetengah pihak yang mendakwa Rahma terkena buatan jin.

Oleh itu, membuatkan pembesaran Rahma terbantut dan hidup di dalam besen sejak itu dan diletakkan di atas kerusi roda untuk dibawa berjalan.

Menurut ibu Rahma, Fadi, mengatakan penyakit pelik Rahma bermula selepas Rahma belajar untuk duduk.

"Anak saya gagal belajar untuk merangkak selepas itu. Dia mula mengalami sakit perut dan demam," kata Fadi.

Walaupun Rahma sukar untuk bergerak sendiri, Rahma selalu dibawa melawat saudara-mara dan jiran tetangga.

Powered by Blogger.