F Kim Kardashian Buka Aib Taylor Swift | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kim Kardashian Buka Aib Taylor Swift

Kebelakangan ini, nama Taylor Swift kerap menjadi trending di media sosial. Terbaharu, bintang terkaya dunia ini terkait dengan satu lagi kontroversi gara-gara lagu berjudul Famous nyanyian Kanye West.

Tambah hangat, video muzik lagu berkenaan memperlihatkan visual barisan berbagai patung lilin yang menyerupai wajah bintang ternama Hollywood yang dalam keadaan telanjang. Selain, lirik lagu itu turut menyebut nama Taylor.

Bagaimanapun Taylor mendakwa rapper tersebut mengguna pakai namanya tanpa kebenaran seperka lain yang membuatkan dia bertambah berang kerana Kanye memggelarkannya dengan gelaran kurang sedap didengar isitu perempuan jalang.

Sementara Kim Kardashian yang juga merupakan isteri Kanye menegaskan bahawa suaminya sudah mendapat keinzinan terlebih dahulu daripada pelantun lagu hits Bad Blood itu.

Tidak cukup dengan itu, Kardashian turut mendedahkan rakaman video perbualan antara Taylor dan Kanye sebagai bukti. Video tersebut telah dimuat naiknya di akaun Snapchat.

Kandungan rakaman video itu merakamkan bahawa sebenarnya kekasih Tom Hiddleston itu sudah sepakat dengan Kanye mengenai lagu berkenaan.

Selepas berjaya mendedahkan fakta disebalik sikap manis Taylor selama ini, ramai pengikut di laman Twitter memberikan pelbagai reaksi dan komen beserta hashtag '#KimExposedTaylorParty' dan sekaligus menjadi topik trending.

Bukan hanya peminat, malah beberapa selebriti terkenal turut memberikan komen antaranya Demi Lovato dan Pharrell Williams memberikan "like" pada tweet-tweet yang menyokong Kim Kardashian.

Sementara Selena Gomez pula mengambil pendekatan memberi komen berbaur membela sahabat baiknya itu.

"Ada hal yang lebih penting untuk dibicarakan. Kenapa kalian tidak menggunakan suara kalian untuk hal-hal yang lebih penting? Industri ini sangat mengecewakan tapi juga yang paling berpengaruh," tulisnya.

Namun status Selena dibalas dengan banyak kritikan negatif daripada pengguna Twitter berserta hastag #SelenaGomezIsOverParty dan #GoToSleepSelena yang turut menjadi trending.

Sementara itu laporan Dailymail, pengurusan Taylor memberi amaran kepada Kanye agar memadamkan video tersebut jika tidak, pihaknya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

"Permintaan kami adalah agar kamu segera memadamkan segala rakaman dan memberikan kami jaminan bahawa kamu sudah melakukannya juga jaminan bahawa rakaman tersebut tidak lagi disebar luas," katanya menerusi satu kenyataan rasmi.

Jika mengikut undang-undang di California sesiapapun yang merakam perbualan telefon orang lain, individu itu dianggap melakukan jenayah.

Ketika ini Taylor sedang tengah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kanye dan isterinya.

Menurut penguam yang mewakili Taylor, penjanjian yang dibuat antara anak guamnya dan Kanye ialah Kanye sepatutnya memperdengarkan terlebih dahulu keseluruhan lagu tersebut kepada Taylor sebelum ia dilancarkan.
Powered by Blogger.