F Khusyuk Cari Pokemon di Konsert Beyonce | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khusyuk Cari Pokemon di Konsert Beyonce

Selain bintang sensasi Rihanna meluahkan rasa kesal terhadap segelintir penontonnya bermain Pokemon Go ketika beliau sedang membuat persembahan di konsertnya baru, baru ini, nasib sama turut dilalui oleh diva terkenal, Beyonce.

Pada 21 Julai lalu, ketika Beyonce Knowles sedang rancak beraksi di konsertnya yang berlangsung di Perancis, salah seorang penonton 'ditangkap' kerana tidak memberi tumpuan penuh pada persembahan Beyonce sebaliknya peminat wanita itu kelihatan khusyuk 'memburu' Pokemon menerusi aplikasi game yang kini sedang menjadi viral serata dunia, Pokemon Go.

Menerusi rakaman sebuah video yang dimuat naik di media sosial Instagram oleh sorang peminat lain menunjukkan penonton wanita itu sedang asyik dengan telefon pintar. Jika diamati, ternyata penonton itu sedang bermain aplikasi game tersebut manakala Beyonce sedang berada membuat persembahan di atas pentas.

"Wanita ini mencari Pokemon ketika Beyonce bernyanyi!" dedah salah seorang peminat yang berhampiran dengan penonton wanita itu.

Tidak hanya bernyanyi, Beyonce juga mengambil peluang mendekati para peminatnya dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun hanya 'wanita Pokemon Go' tersebut dilihat seolah-olah tidak tertarik dengan 'sapaan' Beyonce itu.

Sebelum ini, Rihanna pernah memberi amaran melarang penonton konsertnya bermain telefon ketika dia sedang bernyanyi.

"Saya tidak mahu melihat anda semua menangkap Pokemon di sini," ujar Rihanna ketika beraksi di konsert Anti World Tour yang berlangsung di Lille, Perancis, baru-baru ini.
Powered by Blogger.