F Khir lebih fikir periuk nasi rakyat dari politik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khir lebih fikir periuk nasi rakyat dari politik

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhamad Khir Toyo berkata, buat masa ini beliau belum memikirkan untuk bertukar parti dan baginya Umno masih kekal relevan.

Muhammad Khir berkata, apa yang menjadi matlamatnya kini ialah menjaga soal 'periuk nasi' rakyat dan masa hadapan mereka daripada mencari kepuasaan politik.

"Soal perubahan parti ini saya tidak fikir lagilah, kerana bagi saya kita berkhidmat buat rakyat, hari ini rakyat hidup dalam keadaan susah, kos hidup makin tinggi dan kebimbangan pelbagai isu jadi bagi saya rakyat cukup bimbang hari ini.

"Ini patutnya kita redakan dulu, apa yang penting pihak terlibat perlu memberi jawapan yang tuntas dan pihak yang lagi satu jangan menimbulkan perkara yang tidak betul, dalam keadaan rakyat susah, keliru jadi eloklah kita jernihkan," katanya kepada media, pada Majlis Sambutan Aidilfitir di kediamannya Shah Alam, hari ini.

Muhammad Khir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu hala tuju politiknya dan  pandangannya mengenai  parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Muhammad Khir menggesa pemimpin politik agar mengurangkan cerita-cerita yang boleh mengelirukan rakyat, dan sekiranya timbul sesuatu isu pihak berkenaan perlulah memberi jawapan yang jelas.

"Kurangkan kekeliruan rakyat... fokus untuk masa hadapan," katanya.

Muhammad Khir merupakan bekas Menteri Besar Selangor (ke-13), beliau menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, beliau kini merupakan ahli biasa dalam Umno.
Powered by Blogger.