F Khalifah Tak Kisah Dilabel Band Kampung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khalifah Tak Kisah Dilabel Band Kampung

Kumpulan Kalifah yang popular menerusi lagu Hang Pi Mana tidak terkesan apabila ada segelintir pihak menganggap mereka sebagai band kelas bawahan dan kekampungan.

Memetik laporan mStar online, vokalisnya, Ag Sulong Oyong atau Yabang berkata, gelaran itu sebenarnya telah meletakkan nama mereka pada tahap sekarang dan mereka bersyukur formula yang digunakan dalam lagu-lagu mereka diterima baik oleh pendengar.

"Kami tidak kisah pun jika ada yang melabel kami sebagai band kampung malah berbangga dengan gelaran itu kerana kami lain daripada kumpulan sedia ada.

"Bukan mudah dengan persaingan mencabar terutamanya daripada artis-artis baharu tetapi muzik dan perjuangan kami diterima baik disebalik label diletakkan kepada kami," katanya.

Selain Yabang, Kalifah turut dianggotai oleh Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan (gitar), Nuriwan Ajis @ Samad (bass) dan Ahmad Sharoni Mohd Redzwan (dram).

Kalifah pernah menghasilkan empat buah album sebelum ini iaitu Kelahiran (2007), Cinta Dewi Kamala (2009), Ni Hao Ma (2010) dan Cinta & Sayang (2013).
Powered by Blogger.