F Khairy enggan ulas lanjut tindakan Azwan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khairy enggan ulas lanjut tindakan Azwan

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin enggan memberikan sebarang ulasan  mengenai pendirian beliau terhadap tindakan Naib Presidennya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap tiga nama individu yang didakwa berkomplot menyalurkan maklumat dalam menjatuhkan Perdana Menteri.

Khairy bergegas meninggalkan beberapa pengamal media yang sedang menunggu untuk mendapatkan penjelasan beliau selepas merasmikan program penutupan MYCorps siri 1 di Pusat Belia Antarabangsa,Kuala Lumpur, malam tadi.

Semalam, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu berpengaruh itu dengan mendakwa mereka dipercayai terlibat dengan satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak , di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan menyatakan nama tiga individu tersebut sama ada secara berseorangan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.

Katanya, beliau mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak FBI (Biro Siasatan Persekutuan).
Powered by Blogger.