F Kes Sindiket Penipuan: Polis Masih Siasat Penglibatan Adlin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kes Sindiket Penipuan: Polis Masih Siasat Penglibatan Adlin

Polis masih menjalankan siasatan terhadap pembabitan pelakon terkenal, Adlin Aman Ramlie meskipun artis tersebut telah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan berhubung sindiket penipuan skim pelaburan piramid melibatkan kerugian kira-kira RM40 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazaree berkata, Adlin, 44, ditahan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan Jumaat lalu.

Katanya, tempoh sepanjang pelakon itu ditahan dan direkodkan keterangan adalah kurang daripada 24 jam.

"Jika dia (Adlin) mahu mengadakan sidang akhbar untuk apa tujuan sekalipun perkara itu terpulang kepada dirinya. Polis akan tetap menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini secara terperinci walaupun dia mendakwa menjadi kambing hitam ataupun kambing panggang.

"Buat masa ini siasatan masih berjalan dan jika ada bukti lengkap pembabitannya dalam sindiket itu, kita akan panggil dia semula. Sebab itu dia diberi jaminan polis dan dibebaskan setelah membantu siasatan polis," katanya pada sidang akhbar semalam.
Powered by Blogger.