F Kes Rogol 4 Wanita: Tiada Bukti Kukuh, Polis Umum Yoochun Bebas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kes Rogol 4 Wanita: Tiada Bukti Kukuh, Polis Umum Yoochun Bebas

Bintang popular Park Yoochun dilaporkan bebas daripada semua tuduhan memperkosa dan melakukan gangguan seksual dikenakan keatas dirinya.

Memetik laporan AllKpop, pada 11 Julai lalu, polis Gangnam telah mengumumkan bahawa pelakon dan penyanyi berusia 30 tahun itu di dapati tidak bersalah atas keempat-empat tuduhan tersebut.

Menurut pihak polis, sepanjang siasatan tidak ada sebarang bukti kukuh yang menguatkan lagi berkaitan kesemua tuduhan seperti yang didakwa oleh empat wanita terbabit.

Sementara berdasarkan keterangan keempat wanita yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa serta beberapa saksi, pihak polis sukar mengesahkan berlakunya sebarang perbuatan seks dan tidak menemui sebarang unsur keganasan ataupun ancaman yang dilakukan oleh pelakon drama Rooftop Prince itu.

Justeru pihak polis memutuskan untuk menutup kes siasatan tersebut.

Terdahulu, sejak beberapa minggu lalu, nama Yoochun yang juga merupakan anggota kumpulan JYJ, panas ekoran dakwaan daripada empat wanita yang mengaku telah diperkosa serta menerima gangguan seksual.

Kes pertama difailkan di Balai Polis Gangnam iaitu melibatkan seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa Yoochun merogolnya di dalam sebuah bilik mandi di sebuah kelab malam di mana tempat wanita berkenaan bekerja. Sehelai seluar dalam dan rakaman CCTV telah diserahkan sebagai bukti. Bagaimanapun dakwaan tersebut telah digugurkan oleh pihak pendakwa.

Dua hari kemudian, wanita kedua memfailkan tuduhan terhadap Yoochun dan mendakwa dirinya juga telah dirogol di dalam bilik mandi dalam kejadian yang berlaku pada Disember 2015.

Sehari selepas itu, wanita ketiga memfailkan dakwaan dirinya juga dirogol dan wanita keempat membuat laporan polis mendakwa Yoochun telah merogolnya di dalam bilik mandi di rumahnya.

Pihak berkuasa Korea Selatan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat semua serangan seksual yang difailkan.

Manakala agensi dan pihak pengurusan Yoochun membuat kenyataan menafikan semua dakwaan itu. Malah agensinya memberi jaminan, sekiranya Yoochun bersalah, dia akan berundur daripada dunia hiburan.

Sejak kes tersebut, ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa termasuklah sebuah kelab peminat yang merupakan antara kelab penyokong tersebar JYJ mengumumkan mereka tidak akan memberikan sokongan kepada apa saja penglibatan Yoochun dalam bidang seni selepas ini.

Ekoran kes itu, Yoochun telah digelar sebagai "Bill Cosby Korea".

Yoochun kini masih lagi sedang menjalani latihan khidmat negara.
Powered by Blogger.