F Kes Penipuan RM35 juta : Adlin Aman Ramli Ditahan Polis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kes Penipuan RM35 juta : Adlin Aman Ramli Ditahan Polis

Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan kelmarin

Laporan Kosmo! menyebut, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut menahan dua lelaki bergelar Datuk Seri yang juga dalang utama sindiket tersebut menerusi Operasi Nuri 2 di sekitar Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Satu sumber berkata, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.

“Kita juga difahamkan pelawak itu berperanan melindungi dalang utama serta menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain.

“Kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
Powered by Blogger.