F Kerajaan pandang serius saman sivil Amerika Syarikat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kerajaan pandang serius saman sivil Amerika Syarikat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ia selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

"Perlu dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang telahpun disebutkan dalam laporan DOJ.

"Oleh itu daripada segi kerajaan kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda di sini hari ini.

Najib berkata, pendirian kerajaan selama ini adalah tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.
Powered by Blogger.