F Kelab Peminat P. Ramlee Kecewa Dengan David Teo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kelab Peminat P. Ramlee Kecewa Dengan David Teo

Kelab Peminat P Ramlee (KPPR) Pulau Pinang kecewa dengan tindakan penerbit filem terkemuka, David Teo yang seolah-olah merendahkan imej seniman agung itu dalam kenyataan terbukanya.

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, berkata pihaknya kesal apabila Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures itu bersikap tidak profesional apabila memperkatakan mengenai pengakhiran kehidupan P Ramlee.

"Saya fikir David Teo tidak selidik dengan lebih mendalam mengenai latar belakang P Ramlee yang banyak menyumbang bakti kepada negara dalam industri lakonan.

"Sepanjang hidupnya, Allahyarham banyak membantu orang susah yang meminta pertolongan daripadanya dan tidak pernah meminta apa-apa belasan kecuali cukuplah beliau sekadar dikenang," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Terdahulu Teo pada pagi tadi, meminta maaf secara terbuka dan menganggap kenyataannya itu disalah tafsir pihak media dan menyanjung tinggi sumbangan P Ramlee selama ini.

Teo dalam kenyataannya Selasa lalu, dipetik sebagai berkata tidak guna menjadi pelakon, tetapi melarat seperti pengakhiran kehidupan seniman agung P Ramlee.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan Dan Warisan Melayu Pulau Pinang (SAHABAT), Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa, berkata Teo tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengaitkan kehidupan P Ramlee dengan keadaan artis ketika ini.

"Seniman agung tidak semestinya kaya dengan wang dan kebendaan, tetapi mereka 'kaya' melalui karya yang disanjung sehingga kini.

"Kita boleh lihat impak filem P Ramlee yang bertahan lebih 40 tahun, malah masih ramai peminat menontonnya berbanding filem sekarang yang mampu bertahan hanya beberapa tahun," katanya.
Powered by Blogger.