F Kekasih Sudah Peluk Islam, Menetap di London - Pekin Ibrahim | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kekasih Sudah Peluk Islam, Menetap di London - Pekin Ibrahim

Pelakon Pekin Ibrahim, 35, mengesahkan kini sedang hangat bercinta dengan seorang model antarabangsa yang kini menetap di London.

Memetik laporan mStar online, pemilik Mohd Iznan Ibrahim ini berkata, wanita itu sudah pun memeluk agama islam baru-baru ini dengan menggunakan nama Iman.

"Ya, saya sedang berkawan secara serius kira-kira enam bulan dengan seorang wanita yang bekerja sebagai model dan pelukis di London.

"Saya selalu jumpa dia di sana jika kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia.

"Alhamdulillah dia juga sudah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Iman," ujarnya.

Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharu Kampung Drift ini berkata, dia dan kekasihnya itu masih belum bersedia untuk mendedahkan hubungan istimewa berkenaan berikutan wanita itu terikat dengan beberapa kontrak.

"Saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana dia terikat kontrak dengan beberapa jenama terkenal. Dia juga minta saya merahsiakan perkara ini hingga dia tamat kontrak tersebut.

"InysaAllah, kalau dia dah sedia, saya tidak kisah untuk berkongsi kepada umum tentang hubungan kami," ujarnya.
Powered by Blogger.