F Kekasih Baca Kisah Silam Saya - Julia Ziegler | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kekasih Baca Kisah Silam Saya - Julia Ziegler

Aktres Julia Ziegler bersyukur kerana teman lelakinya yang dikenali sebagai Johan, 33, seorang yang sangat memahami kerjayanya sebagai pelakon malah tidak cepat membuat tanggapan terhadap dirinya sebagai seorang selebriti.

Menurut Julia atau nama sebenar Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, berkata teman lelakinya itu sedikit sebanyak ada mengikuti perjalanan karier termasuklah membaca berita dan perkembangan berkaitan dirinya yang dipaparkan di internet.

"Walaupun dia bukan orang dalam industri ini tetapi dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya dan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan saya sebagai selebriti.

"Dia tonton drama dan filem saya. Kadang-kadang dia ada baca tentang cerita baik buruk tentang saya di internet. Tapi dia tidak percaya bulat-bulat apa yang dia baca sebaliknya dia bertanya pada saya dan saya jujur dan jelaskan pada dia kemudian dia yang akan berfikir dan menilai sendiri," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada sidang media Super Spontan Superstar, semalam.

Julia dan Johan yang merupakan seorang jurutera mekanikal merancang untuk melangsungkan perkahwinan sekitar tahun depan.

Diajak berkongsi mengenai persiapan hari bahagianya itu, Julia memberitahu dia sudah pun mengikuti kursus perkahwinan.

Merancang mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana, kata Julia, dia mengimpikan sebuah majlis yang berkonsepkan 'intimate wedding'.

"InsyaAllah kalau bukan hujung tahun ini, kami akan berkahwin tahun depan. Kami memilih untuk tidak melalui fasa pertunangan sebaliknya terus saja bernikah.

"Kami sudah pergi kursus kahwin. Untuk majlis, kalau mengikut perancangan hanyalah secara sederhana dan laksanakan yang wajib saja. Saya impikan sebuah majlis bersuasana 'intimate wedding' bersama keluarga, saudara mara dan kenalan," katanya.

Sementara itu, bercerita pula mengenai penglibatanya dalam Super Spontan Superstar, Julia berkata dia tertarik untuk menyertai program tersebut kerana mahu mencabar kemampuan dirinya dalam bidang komedi.

Mengakui sudah merasai tekanan dan cabaran sejak menyertai booth camp selama tiga hari namun dia tetap bersemangat untuk beraksi di pentas pertandingan.

"Saya memang suka menonton program ini kerana ianya sebuah program menghiburkan. Jadi apabila ditawarkan oleh pihak Astro, saya merasakan ini peluang keemsan saya selain saya ingin mencabar kemampuan diri dan kreativiti saya dalam bidang komedi.

"Saya ikuti boothcamp selama tiga hari dan ketika di boothcamp saya sudah dapat rasakan cabarannya selain banyak ilmu dalam dunia komedi yang saya dapat belajar. Baru saya tahu bukan mudah mahu buat jenaka secara spontan," katanya.

Dalam program tersebut Julia menganggotai kumpulan Monyet Mafia yang diketuai oleh Johan serta barisan ahli lain seperti Acheh, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Zuki dan Altimet. Sementara satu lagi kumpulan diberi nama Harimau Hipster yang diketuai oleh Taukeh (Jambu) serta barisan ahlinya ialah Abam, Syuk (Joras), Ozlyn, Fad (Bocey), Zulin Aziz, Jamal dan Waris.

Super Spontan Supertstar bakal bersiaran mulai 5 Ogos depan, jam 10 malam di saluran Astro Warna.

Perkembangan lain, Julia sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Bahagia Bersamamu terbitan saluran Astro.
Powered by Blogger.