F Kedutaan Myanmar dikecam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kedutaan Myanmar dikecam

Tindakan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur yang tidak menghantar wakil bagi menerima memorandum bantahan berhubung penindasan terhadap etnik Rohingya di negara berkenaan mendapat kecaman daripada wakil demonstrasi yang dianjurkan Pas hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, layanan yang diberikan oleh Duta Myanmar tidak setara dengan layanan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap rakyat Myanmar di sini.

"Kita desak Duta Myanmar di Kuala Lumpur memohon maaf atas tindakan mereka yang tidak menghantar wakil.

"Mereka seharusnya menghantar wakil untuk menerima memorandum," katanya sewaktu ditemui pemberita, di Kedutaan Myanmar, hari ini.

Beliau berkata, Pas juga mengecam tindakan kerajaan dan pemimpin Myanmar yang berdiam diri atas pembunuhan etnik Rohingya  yang dilihat sebagai suatu pencabulan hak asasi manusia.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut mendesak kerajaan negara ini sebagai anggota dalam Persidangan Negara-negara Islam (OIC) agar dapat mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

"Kerajaan harus jadikan isu ini untuk dibincangkan dalam Asean tentang bagaiman pelarian ini telah menimbulkan masalah di negara lain,"katanya.

Dalam pada itu, dianggarkan seramai 2,000 orang peserta demostrasi berkenaan turut serta berarak menuju ke Kedutaan Myammar bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Powered by Blogger.