F Justin Bieber, Scott Disick Berebut Anak Dalam Kandungan Kourtney | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Justin Bieber, Scott Disick Berebut Anak Dalam Kandungan Kourtney

Dunia Hollywood baru-baru ini dikhabarkan dengan berita Kourtney Kardashian, 37, yang disahkan hamil. Meskipun usia kandungan model dan personaliti TV popular itu kini sudah mencecah usia lima bulan, namun sehingga sekarang masih belum diketahui secara pasti siapa ayah dari janin tersebut.

Namun kebelakangan ini nama bintang terkenal Justin Bieber, 22, disebut-sebut sebagai bapa kepada anak dalam kandungan ibu 3 anak itu.

Berita mengenai hubungan intim antara Kourtney dan Bieber bukan perkara baru. Laporan media antarabangsa menyebut, pasangan yang mempunyai jarak perbezaan usia 15 tahun itu dikatakan sering berdua-duaan walaupun masing-masing belum pernah mengesahkan mengenai hubungan mereka kepada umum.

Selain Bieber, timbul dakwaan bahawa bapa janin tersebut ialah Scott Disick iaitu bekas kekasih Kourtney. Terdahulu, hasil hubungan Kourtney dengab Scott, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mason Dash, Reign Aston dan Penelope Scotland.

Memetik laporan AceShowbiz, sumber terdekat memaklumkan bahawa Bieber mahupun Scott sama-sama menginginkan anak dalam kandungan Kourtney.

Scott berharap anak itu boleh membantu memperbaiki hubungannya bersama Kourtney. Sementara Bieber dikatakan pernah berjenaka menyatakan mahu menjadi ibu bapa kepada 'Bieber mini' malah pelatun lagu hits What Do You Mean itu berkata dia tidak keberatan untuk mempunyai anak bersama Kourtney.

Laporan menyebut, Kourtney sengaja menjadikan hal siapakah bapa sebenar bayi di dalam kandungannya itu sebagai tanda tanya kerana bintang reality show Keeping Up With the Kardashian ini dikatakan tertekan dengan berita hubungan percintaannya yang tidak putus-putus mendapat liputan media.

Bagaimanapun ada juga dakwaan mengatakan berita kehamilan kakak kepada personaliti TV popular, Kim Kardashian, ini adalah palsu.
Powered by Blogger.