F Jika ingin ke Disneyland Shanghai, fikirkan semula | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jika ingin ke Disneyland Shanghai, fikirkan semula

Disneyland sepatutnya menjadi 'tempat paling menggembirakan di dunia' tetapi lain ceritanya di Disneyland Shanghai.

Seorang pelayar Youtube, Disney Dwayne merakamkan 'betapa ngeri' keadaan di Disneyland Shanghai disebabkan kelakuan sesetengah pelancong dan pengunjung.

Dwayne mendakwa dirinya ditolak sebuah keluarga 17 beranak ketika menunggu di pintu masuk taman tema tersebut, manakala orang ramai mula bertindak biadab dan memotong barisan.

Beberapa pengunjung juga sengaja membuka payung tanpa sebab kukuh di barisan hadapan sebuah pentas, sekali gus menghalang pandangan orang ramai.

Dwayne juga merakamkan aksi orang ramai memasuki kawasan pameran dan merosakkan perhiasan di sekeliling.

Lebih mengejutkan, seorang ibu hanya membiarkan anaknya membuang air kecil di atas rumput dan aksi tersebut juga dirakam Dwayne.

Namun pengalaman Dwayne bukanlah permulaan kepada keadaan ngeri di Disneyland Shanghai.

Enam minggu lepas, pengunjung taman tema tersebut merosakkan taman bunga, membuang sampah merata-rata, membuang air dan najis merata tempat malah membuat grafiti di dinding dan tiang lampu.
Powered by Blogger.