F Jennifer Aniston Kesal Perut Buncit Disangka Hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jennifer Aniston Kesal Perut Buncit Disangka Hamil

PELAKON Jennifer Aniston menafikan spekulasi dia kini sudah berbadan dua seperti yang tersebar di media sosial.

Menerusi kenyataannya di The Huffington Post, Jennifer berasa kesal apabila kisah peribadi bersama suaminya Justin Theroux sering menjadi perhatian.

Malah, privasinya untuk bercuti juga sering diganggu oleh paparazi.

Dia juga menganggap masyarakat terlalu mengambil tahu tentang bentuk tubuh dan perutnya yang kelihatan buncit ketika memakai bikini.

"Saya tidak hamil dan hanya merasa muak dengan tanggapan orang ramai terhadap tubuh dan kehidupan saya.

"Media terlalu mahu membuktikan bahawa saya hamil atau tidak. Walhal kehidupan saya kini sudah sempurna dan bahagia biarpun tanpa anak," ujarnya.
Powered by Blogger.