F JDT belasah Kedah 5-0 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

JDT belasah Kedah 5-0

JUARA Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super, selepas membelasah Kedah 5-0 di laman sendiri, sebentar tadi.

Dalam aksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Stadium Larkin, kapten pasukan, Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz masing-masing menjaringkan dua gol, manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh Marcos Antonio.

Bermula aksi separuh masa pertama, JDT yang meletakkan gandingan duo import, Diaz dan Juan Martin Lucero di bahagian serangan acap kali mengasak pertahanan lawan.

Skuad Harimau Selatan hampir meraih gol pertama pada minit ke-2 menerusi Diaz yang menyambar tolakan penjaga gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar selepas Azamuddin Akil membuat hantaran silang.

Bagaimanapun, percubaan ke arah gol terkena badan Mohd Farhan yang kemudiannya memberikan sepakan sudut buat pasukan tuan rumah.

Pasukan kendalian Mario Gomez berjaya meraih jaringan pertama menerusi Safiq yang mudah menanduk masuk lambungan daripada Lucero pada minit ke-28.

Sebelum berakhirnya separuh masa kedua, Safiq sekali lagi mencatat nama selaku penjaring apabila menyudahkan hantaran Diaz pada minit ke-40.



Melihat peluang terhidang berikutan kepincangan pertahanan Skuad Lang Merah, Marcos Antonio menambah derita pasukan pelawat dengan menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-66.

Rentak cemerlang yang dipersembahkan oleh anak buah Mario Gomez diteruskan dengan jaringan keempat JDT pada minit ke-80 menerusi tandukan Diaz yang menerima sepakan sudut Safiq.

Jaringan kelima JDT terhasil menerusi Diaz yang merembat kencang melepasi penjaga gol lawan selepas menerima lorongan Lucero pada minit ke-84.

Meskipun cuba mengasak dan memberi tentangan ke atas Juara Liga Super 2014/2015 itu, Kedah gagal meraih sebarang jaringan dan terpaksa menerima kekalahan besar di Larkin.
Powered by Blogger.