F Jarang Kongsi Momen Bahagia di Media Sosial, Dira dan Suami Jaga Privasi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jarang Kongsi Momen Bahagia di Media Sosial, Dira dan Suami Jaga Privasi

Pelakon Dira Abu Zahar menyatakan dia dan suaminya, Helmi Yusof  mempunyai pendirian sendiri untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih bersifat privasi dan jarang muncul bersama-sama di mana-mana majlis.

Malah, pelakon drama Dahlia ini mengakui sudah menjangka status hubungan rumah tangganya dengan pengarah fotografi itu akan dipersoalkan berikutan kedua-dua mereka jarang menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.

"Saya sudah jangka akan timbul isu berpisah ini kerana saya dan suami suka buat hal masing-masing sejak berkahwin lagi dan kalau mahu lihat gambar mesra hanya pada hari perkahwinan sahaja.

"Suami saya tidak suka dikaitkan dengan dunia popular, dia cukup tidak suka kalau media mahu temuramah dia bertanya tentang bagaimana menjadi suami saya sejak awal perkahwinan lagi," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Tambah Dira, dia bukanlah selebriti yang gemar menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaan keluarga untuk tujuan tertentu.

Terdahulu, Dira dilaporkan sudah bercerai pada awal Ramadan lalu. Dia juga dikatakan mengalami tekanan hingga dirawat di hospital akibat mengalami tekanan dan kemurungan.

Dira, bagaimanapun, menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar salah faham.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, kami hanya gaduh biasa sahaja. Biasalah suami isteri mana tidak bergaduh," ujarnya.

Dira dan Helmi mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.
Powered by Blogger.