F Jangan Terkejut Kalau Saya Panggil Johan "Monyet" - Ozlynn | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jangan Terkejut Kalau Saya Panggil Johan "Monyet" - Ozlynn

Pelakon Ozlynn bersedia untuk bersaing dengan suaminya, pelawak terkenal, Johan menerusi pertandingan Super Spontan Superstar yang akan bermula pada 5 Ogos depan.

Ozlynn berada di dalam kumpulan Harimau Hipster yang diketuai oleh Taukeh (Jambu) serta barisan ahli lainnya ialah Abam, Syuk (Joras), Fad (Bocey), Zulin Aziz, Jamal dan Waris.

Manakala Johan pula bertindak sebagai ketua kumpulannya iaitu Monyet Mafia dan barisan ahlinya terdiri daripada Acheh, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Zuki dan Altimet.

Menurut Ozlynn, dia tertarik untuk menyertai pertandingan itu kerana mahu memcuba sesuatu yang baru.

"Saya dapat panggilan daripada Astro menawarkan saya sertai program ini. Saya terima kerana mahu cuba benda baru bagi saya. Lagipun saya tetap juga perlu ikut Johan sebab memang saya yang menguruskan kariernya.

"Tapi ketika saya beri persetujuan, saya tidak fikir pula tentang kesusahan dan cabaran pertandingan ini. Selepas serta boot camp, baru timbul timbul sikit rasa menyesal kerana saya sudah rasa tertekan dan mengakui pertandingan ini sangat mencabar.

"Kalau selama ini saya lah yang selalu kritik dan komen mengenai persembahan lawak Johan. Tapi sekarang saya faham kesukarannya untuk buat jenaka apatahlagi secara spontan yang memang mencabar kreativiti.

"Tapi saya teruja dan tidak sabar untuk beraksi di pentas dan jangan pula terperanjat ya kalau selepas ini, di Instagram saya panggil Johan dengan panggilan monyet," tuturnya dengan nada bergurau ketika ditemui pada majlis sidang media bertempat di Restoran Subak, pada Selasa.

Sementara itu, Johan pula memberitahu minggu awal dia akan menghadkan permainannya bagi memberi ruang kepada ahli kumpulannya lain lain menonjolkan bakat dan kreativiti. Selain itu beliau akan sedaya upaya mengelak daripada bersemuka dengan isterinya sepanjang beraksi di pentas.

"Untuk yang awal-awal ni saya akan menghadkan permainan saya untuk bagi ruang dan peluang pada ahli kumpulan saya yang lain untuk mereka leboh menonjol. Selain itu saya akan sedaya upaya mengelak bersemuka dengan isteri saya ketika di pentas," katanya.

Nafi Dibayar Mahal

Dalam pada itu, Johan juga menyangkal dakwaan mengatakan dia bersetuju untuk kembali bersaing di pentas Super Spontan musim ini selepas menerima bayaran yang tinggi daripada pihak produksi.

"Tidak timbul isu saya dibayar mahal. Sebenarnya soal bayaran ni bergantung dan secara bertolak ansur selepas perbincangan. Tambahan produksi yang menerbitkan program ini adalah produksi milik abang Afdlin dan saya sudah lama mengenali beliau.

"Saya sertai pertandingan ini sebab sekurang-kurangnya saya boleh menguji kreativiti dan kredibiliti dan secara tidak langsung saya boleh meningkatkan mutu untuk persembahan siaran radio saya.

"Lagipun selain daripada bertugas di radio, pertandingan ini saya anggap sebagai acara tahunan saya," katanya yang juga pernah meaih gelaran juara Super Spontan 2014.
Powered by Blogger.