F Jalin Hubungan Intim Dengan Kerabat, Uqasha Kunci Mulut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jalin Hubungan Intim Dengan Kerabat, Uqasha Kunci Mulut

Aktres, Uqasha Senrose enggan mengulas gosip hangat yang mengaitkan dirinya dengan kerabat Pahang, Tengku Bakar selain meminta masyarakat memahami keadaannya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata buat masa ini dia lebih selesa menutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

"Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Terdahulu, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga ahli perniagaan sering memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing.

Malah difahamkan Tengku Bakar juga antara individu utama yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan majlis sambutan ulang tahun bintang Tundukkan Playboy Itu.

Powered by Blogger.