F Jadi Presiden, Reza Rahadian sedia terima kritikan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Jadi Presiden, Reza Rahadian sedia terima kritikan

Bintang popular kelahiran Indonesia, Reza Rahadian memberitahu andai lakonannya menerusi filem terbaru, Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2) ada sebarang kesilapan, dia telah bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton, terutamanya netizen dari negaranya sendiri.

"Pastinya menggalas watak sebagai Habibie merupakan tanggungjawab yang besar. Lagipun, karakternya sangat unik, bahkan rakyat Indonesia sangat mengenali diri Habibie dari segala aspek kehidupannya. Jadi, mudah untuk penonton membandingkan antara Habibie dengan saya.

"Mungkin lakonan saya ada sedikit posisi yang berlainan. Namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya teruja ketika ditemubual pada malam tayangan perdana Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2).

Reza yang bakal menjengah ke usia 30an itu, ketika diajukan soalan mengenai cinta, nampaknya hero tersebut enggan mengulas lanjut.

"Sorry, don't talk about it," jawabnya ringkas sambil ketawa besar.

Sementara di sidang media, Reza turut dilemparkan soalan yang sama daripada peminatnya. Soalan peminat tersebut, adakah Reza dan heroin, Chelsea Islan mempunyai hubungan istimewa? Ini jawapannya;

"Saya dan Chelsea tidak lebih hanya sebagai kawan malah menganggap dia sebagai adik saya, saya sayang dia," katanya.

Untuk info, Filem Rudy Habibie (Habibie & Ainun 2) akan ditayangkan di pawagam bermula 4 Ogos depan dan lagu tema OST bagi filem ini, Mencari Cinta Sejati oleh Cakra Khan.
Powered by Blogger.