F Izreen bahagia sendiri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Izreen bahagia sendiri

BERGELAR ibu tunggal tidak lagi menjadi perkara yang begitu menyesakkan bagi golongan wanita pada masa ini.

Bahkan, ada lebih selesa dan bahagia membesarkan anak dan dikelilingi keluarga yang memahami.

Begitu jugalah perihal dengan pelakon dan pengacara berusia 30 tahun ini.

Biarpun sudah dua tahun bergelar ibu tunggal kepada Muhammad Adrian Umar, 3, namun ia tidak menjadi penghalang buat Izreen mengecapi detik bahagia.

Ujar Izreen, biarpun belum menemui pengganti, namun dia tidak serik untuk kembali berumah tangga, namun akan lebih berhati-hati memilih pasangan.

"Saya masih lagi sendiri hingga kini sebab tak ada orang yang nak kat saya (ketawa).

"Bagi saya kalau jodoh itu ada, adalah. Tak perlu tergesa-gesa.

"Saya pun mahu lebih berhati-hati, bukan nak cari yang kaya, tapi mampu menjaga saya dan anak," katanya kepada Zass.

Berkongsi mengenai kisah raya tahun ini, Izreen berkata, sama seperti kelazimannya, dia pulang ke Kedah.

Bagaimanapun atas komitmen kerja dia tidak dapat bercuti panjang.

"Alhamdulillah sejak kebelakangan ini rezeki saya murah, ini juga adalah rezeki anak.

"Disebabkan rezeki tidak datang bergolek selalu, jadi saya ambil peluang yang datang.

"Dek kerana itu juga, saya tidak dapat bercuti panjang kerana terlibat dengan penggambaran Mamat Muka Slenge untuk siaran Astro Ria," katanya yang muncul dengan beberapa program raya seperti Maharaja Lawak Mega Raya dan beberapa telefilem raya untuk siaran TV3 dan Astro.

Tambah Izreen, disebabkan dia dilantik sebagai duta Mek Kembang Cotton, maka dia secara tidak langsung mendapat tajaan sebanyak 20 pasang baju.

"Tidak dinafikan saya tak sempat nak pakai semua, tapi disebabkan saya sibuk dengan penggambaran, jadi saya akan pakai baju-baju tersebut ketika penggambaran," akhirinya.
Powered by Blogger.